PERATURAN
& SYARAT PENYEWA
AISHAH HOMESTAY@BANTING BARU
بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH ,the Most Gracious , the Most merciful
In the name of ALLAH ,the Most Gracious , the Most merciful
1. Penginap untuk sesebuah
kediaman Aishah Homestay mestilah MUSLIM dan mempunyai pertalian
mahram atau ikatan perkahwinan yang sah.
2. Sekiranya berkumpulan atau bukan
dari sebuah keluarga, hanya GENDER yang sama SAHAJA
yang dibenarkan. Percampuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan.
3. Setelah anda bersetuju menyewa
& membuat pembayaran deposit 50% berdasarkan tarikh
tempahan, penyewa boleh menginap di Aishah Homestay pada tarikh yang dipersetujui bersama
tersebut. Baki bayaran dijelaskan semasa mengambil kunci atau semasa
check in.
4. Tempahan hanya dianggap sah setelah
penyewa membayar 50% deposit. Penyewa lain masih
berpeluang menginap pada tarikh yang sama jika disertakan dengan
bayaran deposit & tempahan 'mulut' akan terbatal dengan sendiri.
5. Semua bayaran tempahan tidak
akan dikembalikan jika tempahan dibatalkan. Pemulangan
wang tempahan boleh dipertimbangkan jika pembatalan tersebut dibuat
selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh tempahan.
6. *Masa masuk (check in) : 2.00
petang
*Masa keluar
(check out) : 12.00 tengah hari
(Ini bermakna bahawa sewa penginapan Aishah
Homestay adalah RM350 selama 22 jam atau dalam tempoh masa antara check in
& check out)
7. RM10 denda kelewatan
akan dikenakan pada setiap jam selepas check out. Jika check out
berlarutan 4 jam atau lebih, maka bayaran sehari tambahan perlu
dibayar penyewa. Kegagalan anda check out pada masa yang ditetapkan,
boleh menyebabkan penyewa lain masuk lewat atau tiada tempat menginap.
8. Resit akan
diberikan untuk setiap pembayaran.
9. Jumlah penginap bagi sesebuah unit
Aishah Homestay yang SELESA(5-10 orang) untuk dihuni adalah mengikut bilangan
kereta iaitu dua(2 buah kereta) biasa dibenarkan parkir diruang parkir
berbumbung.
Jika jumlah melebihi dari had
yang dibenarkan, .
10. Kami memohon jasa baik
penyewa untuk menjaga keadaan rumah dan segala kemudahan peralatan dengan
baik.
11. Menjaga adab kejiranan dengan
tidak membuat bising atau mengganggu ketenteraman jiran berdekatan.
12. Harta benda penyewa adalah tanggunjawab
penyewa sendiri. Aishah Homestay tidak bertanggungjawab di atas
sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda penyewa.
13. Hanya makanan halal
dibenarkan dibawa masuk ke dalam homestay. Binatang peliharaan juga
tidak dibenarkan.
14. Penyewa dinasihatkan
mematikan suis untuk semua peralatan elektrik yang telah digunakan.tv/aircond
setelah digunakan dan sebaik sahaja meninggalkan keluar rumah.
15. Sampah sarap mestilah
dibersihkan & dimasukkan ke dalam plastik yang telah
disediakan. Letakkan dalam tong sampah di stor
sampah luar pagar untuk diambil oleh Majlis Daerah.
TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN ANDA . KEIKHLASAN DAN KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan